Mrs.Kai ♪♪


ENTRIES About Linkies Banner Stuff BIASES FOLLOW
Bonjour♚


Hai! nama saya momo . pengawas kat blog ni . *Blog Owner speaking here : Welcome to my life journal.
19 , From Neverland without Peterpan.

Status : A Tesl Student


Soyu ft Junggigo - Some ❤️
rasa memekak sila stop lagu


Tagboard×

Ads tak dihalalkan disini
No Spam ! Have Shame on yourself.
I hate Spammers!!!!!

contact meツ

: Girl
: × Girl×
:DONT HAVE . SOBSOB
: PRIVATE



loveeee❤


; ; ; ; ; ; ; ; ; ; ;

Thankyou✿

Template: Aina Marsya
Others : G - D

*If I use your stuff and I didn't credit it, please tell me at shoutbox*

Manisnya Cinta Di Cappadocia ? [Review]
Tuesday, 6 January 2015 • 15:28 •
Hai-2 Assalamualaikum .

menghabiskan sisa-2 waktu bersama blog tersayang sebelum hiatus . sebab minggu depan sekolah dah start and aku kena fokus kat pelajaran sebab tahun ni SPM :) .




ni sipnosis dari diri aku :

Sipnosis Manisnya Cinta Di Cappadocia

Ifti dan Fredo dijodohkan dari kecil , tapi Fredo yang curang membuatkan Ifti memutuskan hubungan mereka . Beberapa hari selepas itu , Ifti dan kawan baiknya , Via berlepas ke Turki atas urusan kerja . disana Ifti bertemu dengan Nazmi . Jejaka yang dah ditemui dia di beberapa tempat sebelum ini. Nazmi memberitahu dia hanyalah seorang driver bas sahaja.Ifti yang tidak mementingkan harta senang berkawan dengan Nazmi walaupun Nazmi hanya seorang driver bas.Dia lebih mementingkan hati dan perasaan dalam sesebuah perhubungan. .Ifti dan Via terpaksa berpecah dan Nazmi mencadangkan dia menjadi driver Ifti sepanjang Ifti berada di Turki . Perasaan cinta mula bercambah dalam hati mereka . Nazmi meluahkan perasaan dia kepada Ifti semasa mereka di Cappadocia.Ifti menerima Nazmi.Setelah mereka pulang dari Turki , Satu salah faham telah menyebab kan hati Ifti hancur .Dia menjauhkan diri dari Nazmi.Nazmi yang menyangka rahsiaya telah pecah tidak putus-2 menghubungi Ifti untuk menjelaskan hal yang sebenar . Mampukah Ifti memafkan Nazmi?

Sipnosis Original 

"Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang.Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya.Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya?Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca.Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya."

Oke sebenarnya dah dua kali aku khatam movie ni . memang best movie ni . Sam dengan Fazura memang ada chemistry pada aku lah . dan baru ni lah aku sempat review filem ni :)

Filem ni ada part yang berjaya buat aku menangis sedu-2 . huhu . Filem ni jugak ada quote-2 di setiap penghjung sesuatu part tu . memang mendalam mesej-2 yang nak disampaikan . dan lagi satu , aku perasan banyak penggunaan peribahasa dalam filem ni . sangat educational !

Dan yang paling menarik perhatian aku dalam cerita dia adalam watak shaheizy sam . kalau aku jadi Ifti , memang aku cair dengan dia . memang sangat sweet . cara dia , lemah lembut . cara dia bercakap , terasa dia awang-awangan gitu ! Especially masa dia call Ifti . Shaheizy Sam memang buat aku cairrrr . hehe .

Filem ni tak bosan . tak bosan langsung okay! Suasana cerita dia sama macam Filem Istanbul Aku Datang . Penggambaran dekat Turki tu memang antara scene yang aku tunggu-2 . Scene Ifti dengan Nazmi dekat dalam hot air balloon tu memang romantik !!





Rasa macam nak aje pergi tempat tu . Cappadocia memang cantik ! hotel-2 dalam filem ni pun unik . Hotel dia macam dibuat dalam batu/gua  Entahlah tak dapat nak explain kat sini macam mana .

Overall filem ni memang best ! Sebab tu aku tak ter-agak-2 nak ulang filem ni buat kali ke-2!! .
memang romantik . sangat disyorkan pada korang untuk tonton ! Sesuai untuk seisi keluarga menonton sebab dia ada cerita pasal kekeluargaan juga :) . Bernard memang tak menghampakan , macam filem Instabul Aku Datang dulu ,

Trailer



Ost :




Ini hanya dari pandangan aku . Ianya Subjektif ,  Filem ni sangat disyorkan  untuk korang tonton , eh tak syor , wajib tonton ! hehe.

rate : 5/5 Bintang . cewahh .

ps:sediakan tisu banyak-2 . hoho.
credit photo to :google . macehh.
wasalam .



0 Comments:

Post a Comment


Older Newer