Mrs.Kai ♪♪


ENTRIES About Linkies Banner Stuff BIASES FOLLOW
Bonjour♚


Hai! nama saya momo . pengawas kat blog ni . *Blog Owner speaking here : Welcome to my life journal.
19 , From Neverland without Peterpan.

Status : A Tesl Student


Soyu ft Junggigo - Some ❤️
rasa memekak sila stop lagu


Tagboard×

Ads tak dihalalkan disini
No Spam ! Have Shame on yourself.
I hate Spammers!!!!!

contact meツ

: Girl
: × Girl×
:DONT HAVE . SOBSOB
: PRIVATE



loveeee❤


; ; ; ; ; ; ; ; ; ; ;

Thankyou✿

Template: Aina Marsya
Others : G - D

*If I use your stuff and I didn't credit it, please tell me at shoutbox*

Korean Drama Master's Sun [Review]
Wednesday, 23 July 2014 • 15:42 •
hai assalamualaikum :) so ramadhan dah hampir melabuhkan tirainya . jujur shaz rasa , ramadhan tahun ni rasa sekejap sangat . tup tup dah raya . lagi beberapa hari lagi umat islam akan menyambut hari kemenangan @ hari raya aidilfitri . tapi ada jugak insan yang malang . kehilangan ahli keluarga tersayang , rakan2 . macam di Gaza sekarang . dan tragedi MH370 dan MH17 baru ni . alfatihah untuk mereka yang dah kembali ke rahmatulah :')

oke perenggan pertama dah terbabas habis dari tajuk . hehe . oke harini shaz nak review pasal drama master's sun ni :D . first kita tengok watak2 utama dia dulu :D


 dari kiri : soe in guk , gong hyo jin, so ji sub , dan kim yoo ri 

yang baju merah tu hero dia :D . yang dress merah tu heroin dia :D . dua orang lagi tu pelakon pembantu . 

oke cerita master's sun ni memang lain dari lain . dia tak macam cerita korea lain . dia lain dari lain . untuk pengetahuan , drama ni disiarkan di tv pada tahun lepas , 2013 . awal lagi . dia tak ada scene nangis putus cinta ke apa . k tipu . haha . ada lah jugak sebenarnye . cerita ni genre romantic comedy  ^^ 

oke ni summary dari website gooddrama.net .

Joo Joong Won (So Ji Sub) is a cold and ambitious CEO, who measures all human relationships through money. Tae Gong Sil (Gong Hyo Jin) is a sensitive assistant, who suffers from insomnia, due to her ability to see ghosts after an accident. Joong Won will learn to trust Gong Sil and falls in love with her.

oke dah faham ? jadinya heroin dia ni boleh nampak hantu . peringatan ya shaz akan cerita dari A-Z ttg drama ni . so kira macam sesiapa yang nak tengok drama ni dah tau jalan cerita dia macam mana . tapi shaz recommend sangat korang tengok . memang tak puas kalau baca review je . hehe .

oke heroin dia tae gong shil  ni pernah terlibat dalam kemalangan . dia ni pelajar top student sejak high school . personaliti dia sangat periang dan happy go lucky . tapi disebabkan kemalangan tu , dia terlantar di hospital 3 tahun . lepas 3 tahun dia tiba2 sedar ! bila dia sedar , dia dapat ability untuk tengok hantu . start dari tu hidup dia tak terurus . dia tak sempat graduate pun dari universiti . tiap kali dia dapat kerja mesti tak lama ! sebab mesti ada hantu yang kacau dia . jadi hidup dia tak tenteram .

kiri : L infinite . jong woon masa 18 tahun . kanan : jong woon sekarang 


permulaan drama ni mula dengan tae gong shil yang tinggal dekat study motel . macam motel sewa gitu . so dia ni penduduk paling lama kat situ . pemilik motel tu suka mintak tolong dia kemas bilik dan buang sampah . masa dia tengah kemas bilik . tiba2 pintu tertutup , then dia perasan ada hantu nenek tua bertenggek atas kabinet *kalau tak silap kabinet :P . hehe . then dia terkejut sangat . dia lari ke tingkat atas motel tu sebab bilik dia tingkat atas . rooftop . muka nenek tu memang menakutkan . nenek tu kejar dia . dia masuk rumah ! tiba2 nenek tu ada kat belakang dia! terkejut jangan cakap . hehe .  nenek tu mintak tolong , sebenarnya nenek tu dah mati . dia mintak tolong bagi buku bank dia kat anak2 dia . suruh anak lelaki dia bayar hutang dan jangan berjudi dah . tae gong shil pun pergi lah ke majlis pengebumian nenek tu . dia pesan balik apa yang nenek tu beritahu anak2 dia . then nenek tu hilang . kiranya hajat dia sebelum mati dah tercapai .

dalam masa sama , so jisub (jong woon)  beli rumah dari sorang pakcik ni . sikap jong woon ni memang arrogant gila . tak de perasaan langsung ! hati batu . haha .  lepas agreement untuk jual rumah tu selesai , dia terserempak dengan perempuan yang mintak tumpang . masa tu malam dan hujan lebat selang seli dengan petir . dia suruh pembantu dia , encik kim teruskan perjalan dan ignore je perempuan yang mintak tumpang kereta tu . tapi lepas je kereta lalu depan perempuan tu . ada petir menyambar . so encik kim ni terpaksa break emergency , perempuan yang mintak tumpang tu ingat kereta berhenti sebab sudi bagi dia tumpang so dia pun buat muka tak malu masuk kereta tu . haha .  jong woon terpaksa biar kan perempuan tu tumpang dia . perempuan tu sebenarya tae gong shil atau nama manja dia dalam drama ni tae yang ! dorang teruskan perjalanan . then tetibe perempuan tu tersentuh kulit jong woon . dia rasa macam aliran elektrik lalu badan dia . masa perjalanan tu tiba2 tae yang ni nampak hantu tengah jalan . dia menjerit . encik kim break emergercy sekali lagi . tepat2 hantu tu tembus kereta . kereta berhenti betul2 masa kedudukan hantu tu berdiri depan tae yang . dia takut dan peluk jong woon . tiba2! hantu tu lesap .

gong hyo jin atau tae yang :) . dia ada kecantikan tersendiri . cewahh . haha 


tae yang pelik . hantu boleh hilang kalau dia sentuh jong woon .then start dari hari tu tae yang ni ikut je kemana jong woon ni pergi . jong woon ni ceo syarikat pusat beli belah . kingdom . tae yang ni pun apply lah kerja sebagai cleaner dekat mall tu . bila jong woon tau dia kerja situ , dia ugut nak pecat tae yang sebab tae yang ni dah rosakkan majlis perkhawinan model mall kingdom ni . nak tahu sebab dia korang kene tengok drama ni :D .

banyak jugak kes pasal hantu yang tae yang ni dah selesaikan . dan jong woon ni , 15 tahun dulu pernah terlibaat dengan kes penculikan . dia ni anak orang kaya . dia ada girlfriend , nama GF dia cha hee joo . dia dengan GF dia kena culik . sebagai ransom *lupe perkataan bahasa melayu dia . ;p , ayah jong woon kena bagi rantai mendiang mak jong woon yang bernilai 10 000 won . penculik tu janji nak lepaskan kedua2 mangsa . tapi akhirnya penculik tu bawak lari hee joo . polis kejar kereta yang penculik tu bawak . then tetibe kereta tu terbabas . penculik tu berjaya larikan diri dengan rantai tu . sementara cha hee joo ditinggal dalam kereta yang tengah terbakar . jong woon menjerit2 suruh hee joo keluar , tapi hee joo just senyum tak berdaya dalam kereta . pihak polis pun tak boleh tolong . akhirnya kereta tu meletup . cha hee joo mati depan mata jong woon . sejak kes penculikan tu , jong woon ni fobia membaca , dia jadi tak pandai membaca . dia jugak jadi dingin , start dari hari tu encik kim yang jaga dia .

disebabkan tae yang ni boleh nampak hantu , dia cerita dekat jong woon kenapa dia suka sentuh badan jong woon . siapa nak percaya kalau orang tu kata dia boleh nampak hantu ! jong woon ingat tae yang ni just perempuan gila je . tapi lepas satu kejadian . dia mula percaya yang tae yang ni betul2 boleh nampak hantu . dia lantik tae yang sebagai radar 10 000 won dia . haha . dia tempatkan tae yang dalam bilik stor dan tae tang kene laporkan dekat dia kalau dia nampak hee joo . bermula hari tu macam2 kes hantu tae yang dengan jong woon ni selesaikan . hantu2 dia semua seram . muka buruk . hantu memang macam tu . hehe . banyak scene yang buat penonton terperanjat . sebagai balasan jadi radar 10 000 won , tae yang boleh sentuh jong woon kalau dia nampak hantu  yang menakutkan .

setiap episod menceritakan kisah yang berbeza beza . kisah kenapa hantu tu mati dan kisah sebelum hantu tu mati . macam mana dia jadi hantu . ada yang sedih sangat2 . ada yang menakutkan . thrilling lah tengok drama ni ! . memang shaz recommend sangat korang tengok ! hari demi hari jong woon ni sedar yang dia dah mula jatuh cinta dengan tae yang . dia taknak mengaku tapi perlakuan dia memang cukup beritahu yang dia ada perasaan dekat tae yang . dalam sudut hati tae yang pulak memang dia ada simpan perasaan suka dekat ceo jong woon . jong woon ni cuma luahkan perasaan dia dekat tae yang lepas dia jadi hantu sebab kene tusuk dengan screwdriver . lepas dia luahkan perasaan dia , dia lenyap . tae yang tahu yang jong woon dah mati sebab nak selamat kan dia . part ni sedih sangat2 . penonton ingat jong woon memang mati terus . tapi dia hidup balik dengan bantuan tae yang . tae yang mintak tolong sorang bomoh ni supaya sedarkan jong woon yang dia belum mati lagi . bila jong woon bangun dari mati , dia terus hilang ingatan pasal tae yang .

dalam masa yang sama , han na  , artis seni yang baru balik dari england dataang korea . misi dia cuma satu , nak rampas jong woon semula . siapa han na ni ? korang kena tengok . tapi biar shaz beritau dulu . cerita ni memang plot twist . penerbit dia memang pandai buat cerita . lepas jong woon dah ingat balik pasal tae yang , dia terus pandai membaca ! dan masa ni dia completely dah lupa kan ex dia . hee joo . tapi dia lupa yang masa dia jadi hantu , dia dah confess perasaan dia dekat tae yang . tae yang pulak terus menjauhkan diri dari jong woon  atas alasan dia taknak jadi apa2 dekat jong woon kalau jong woon terus dengan dia . dia resign dari kingdom , then pergi merantau keluar negara . dia nak tau kenapa sebab dia ada ability tengok hantu lepas koma tiga tahun dekat katil hospital dengan bantuan sorang lelaki yang ada ability sama macam dia ..

jong woon yang tahu terus pergi airport nak halang tae yang . tapi tak sempat . tae yang dah naik kapal terbang . tapi kebetulan model kingdom yang tak jadi kawin dulu sebab tae yang halang perkahwinan tu ada dalam kapal yang sama . dia beritau jong woon yang tae yang ada dengan sorang lelaki dalam pesawat yang menghala ke LA . jong woon mintak tolong model tu berlakon macam sakit teruk . model tu tae yi reung sebenarnya ex classmate tae yang masa high school. dia selalu jadi nombor dua selepas tae yang so dia agak dengki dengan tae yang .tapi sebab dia ni tak lah kejam jadi dia tolong jong woon halang tae yang pergi LA , plan tu memang berjaya . tae yang tak jadi pergi LA .

tae yang jumpa jong woon dan tanya kenapa dia buat macam tu . jong woon kata dia tak boleh biarkan tae yang pergi sebab dia sayangkan tae yang . tae yang terharu . dia ambik keputusan nak stay beside jong woon aje . dorang spend time sama . jalan2 sambil pegang tangan , makan lunch sama2 . tapi tiba2 malam tu tae yang ambik keputusan nak tinggalkan jong woon jugak , sebab dia dan jong woon lihat dunia dengan cara yang berbeza , dia dah taknak jong woon terus masuk dalam dunia dia yang boleh tengok hantu .jong woon terpaksa setuju dengan keputusan tae yang . dia bangun and tinggalkan tae yang sorang2 . oke part ni memang shaz nanges gila2  . sedih gila part ni . tae yang teruskan plan dia nak pergi luar negara . dia merantau kat banyak temoat cuba cari sebab kenapa dia jadi macam tu lepas koma 3 tahun . lama jugak masa yang diaa ambil . smentara tu jong woon teruskan hidup dia macam biasa . kingdom jadi lagi maju sebab jong woon just fokus pada kerja dia tapi dia tak pernah lupakan tae yang .. lepas setahun 10 hari , tae yang dan jong woon bertemu kembali . aaaarrrrr sukka part ni . suweett . ! tae yang dah jauh berubah . dia jadi lebih matang . jual mahal sikit dengan jong woon even sebenarnya dia still ada perasaan dekat jong woon .tapi dah drama mesti lah happy ending kan . jong woon berjaya percayakan tae yang yang dia tak kisah hidup dengan tae yang even ae yang still ada ability pelik tu . dia just nak ada disisi tae yang .

secene last adalah dekat rooftop tae yang . tae yang ajak jong woon dinner . dorang bergurau and so on . happy ending , yayyyyyyyyyy ! :D ^_^

 kat bawah ni link nak tengok full episode :
Master's Sun Full Episode English Subtitle

oke ni sikit best scene dari drama ni :)





haha best tak ? hehe . kalau confius shaz nak beritau video atas tu dua episod . yang masa tae yang pakai baju putih tu masa episod 4 , yang masa tae yang pakai dress peach tu episod last :) 

ost drama ni best jugak . shaz suka semua ost dia :D 

nanti shaz update ost dia . :D 

fuhh panjang gila review . sapa lah yang sudi baca panjang2 ni . haish tak tahu lah . apa2 pun terima kasih sudi lawat blog shaz :) wasalam .


2 Comments:

Blogger Izzati Amira said...

wowwwww..panjangnya review dia. dah jatuh cinta sangat niih. heheh

31 July 2014 at 23:37  
Blogger Cik Nur Shaz. said...

haha tau takpe kak . overall ni drama korea paling saya suka sekarang sebab dia lain dari lain . heee XD

1 August 2014 at 00:18  

Post a Comment


Older Newer